Ulasan jurnal chitra. Ulasan jurnal mun. Related Books Free with a 30 day trial from Scribd. Related Audiobooks Free with a 30 day trial from Scribd. Outstanding Leadership Stan Toler. Pensiswazahan Guru 1. Meneruskan opsyen asal, atau ii. Memilih pengajian bidang opsyen mata pelajaran utama yang diajar, atau iii. Memilih pengajian yang relevan dengan subjek yang ditawarkan di sekolah.
Guna Borang Perjanjian yang betul - KP. Fatimah Zainal Abidin Dec. Total views. You just clipped your first slide! Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later. Now customize the name of a clipboard to store your clips. Visibility Others can see my Clipboard. Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif a.
Pendekatan Berpusatkan Murid. Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran. Landskap Maklumat a. Pusat sumber. Peranan guru. Ciri-Cirinya ialah: a. Persekitaran sekolah kondusif. Penaksiran berterusan. Wujudkan sekolah Berprestasi Tinggi iv. Namun begitu tidak semua kebolehan itu dapat dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk memperkembang dan mempertingkatkanya agak terhad.
Oleh itu, pendidikan memainkan peranan penting dalam memperkembangkan potensi individu dan ia perlu diracangkan terlebih dahulu dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh bagi menunjukkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam.
Pada pandangan penulis, seseorang pelajar dapat mengembangkan diri mereka dalam pelbagai bidang dengan melibatkan diri dalam kegiatan yang telah diusahakan oleh Kementerian Pelajaran KPM itu. Sebagai contohnya, daripada pengalaman penulis sendiri yang pernah melibatkan diri dalam pertandingan debat yang pernah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu di sekolah telah mampu membantu penulis mencungkil bakat yang terpendam sehingga mampu menjadi wakil negeri dan sudah semestinya dapat meningkatkan serta mengharumkan nama sekolah.
Selain itu juga, kemahiran berkomunikasi dengan baik juga dapat dipelajari melalui penyertaan dalam pertandingan sebegitu. Hal ini membuktikan bahawa penglibatan pelajar dalam sukan, kelab dan persatuan sebenarnya dapat merealisasikan elemen yang terkandung dalam Falsafah pendidikan Kebangssan FPK yang ingin mengembangkan potensi setiap individu yang telah diberikan Tuhan.
Tambah lagi, sebuah sekolah yang berunsurkan kesenian iaitu Sekolah Seni Kuching contohnya. Di sekolah ini, aktiviti berbentuk kesenian sangat dititikberatkan. Pelajar-pelajar belajar seperti biasa pada sebelah pagi. Di sebelah petang pula, pelajar akan dibahagikan beberapa aktiviti yang telah mereka pilih mengikut minat mereka. Antaranya mereka akan masuk kelas teater, kelas tarian masyarakat, kelas muzik tradisonal, kelas syair dan puisi, kelas pantun dan lain-lain lagi.
Semasa kegiatan ini dijalankan, mereka akan diasah mengikut kebolehan mereka dengan bimbingan beberapa guru nanti. Dengan demikian, pelajar tadi akan menjadi semakin mahir dalam minat yang telah mereka pilih tadi. Ini akan memberikan satu impak yang sangat berguna kepada pelajar di sekolah ini apabila mereka tamat persekolahan nanti.
Tegasnya di sini, usaha seperti ini sangat penting untuk memperkembang potensi individu demi melahirkan pelajar yang sentiasa ingin mencari kelebihan mereka. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Dari segi rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan jati diri manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan jati diri yang sesuai dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu menyedari dan percaya kepada Tuhan, sentiasa bersyukur dengan pemberian Tuhan serta berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.
Jika penerapan nilai-nilai moral tidak ada dalam diri individu, maka keperibadian yang mulia tidak dapat dilahirkan. Bagi pelajar yang bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat dipraktikan di luar. Pada pendapat penulis, program J-Qaf ini sebenarnya telah mampu melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran-kemaharin tententu seperti menulis dalam tulisan jawi, khatam al-Quran dalam tempoh enam bulan, penglibatan dalam kem bestari solat, menguasai Bahasa Arab Komunikasi dan lain-lain.
Mereka juga mahir membaca doa selepas solat atau menghuraikan hukum sesuatu perbuatan menurut syariat agama. Semua ini adalah sebahagian hasil kejayaan program J-Qaf yang dilaksanakan di sekolah rendah sejak Hal ini jelas menyatakan bahawa, melalui penglibatan pelajar dalam Kem Bestari Solat yang dilaksanakan dalam program J-Qaf ini contohnya mampu melahirkan pelajar yang berkemampuan untuk menjadi imam dalam solat, membaca al-Quran dengan lancar dan memahami asas agama dengan baik.
Manakala, dari unsur emosi juga perlu dititiberatkan dalam usaha melahirkan insan atau individu yang stabil emosi. Unsur emosi ini disertakan bagi menjamin emosi dan matang dan stabil, memiliki perasaan kasih sayang dan mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada kestabilan negara.
Usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan menubuhkan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya PRS juga di setiap sekolah di mana ahlinya dipilih dari kalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka.
Usaha ini wajar diteruskan agar dapat terus membantu rakan sebaya yang mempunyai konflik emosi kerana sesetengah pelajar mungkin malu untuk meluahkan konflik emosi mereka kepada guru kaunseling.
Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa para pelajar pada masa kini akan mudah rasa tertekan dengan sesuatu keadaan atau masalah yang menimpa mereka. Sebagai contoh, masalah keluarga yang menjadi punca kegagalan mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Dengan kewujudan Persatuan Pembimbing Raya Sebaya PRS ini dapat melatih seseorang pelajar itu memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang dan mempunya sifat kekitaan dan perpaduan dalam membantu rakannya yang menghadapi masalah.
Selain itu, Persatuan ini juga turut memainkan peranan dalam memberi semangat dan motivasi kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Program motivasi biasanya diadakan untuk meningkatkan keyakinan para pelajar untuk mencapai kejayaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelas.
0コメント